BM | EN | 中文

UTM dokumentasi flora, fauna di kampus demi pembangunan lestari

UTM-Universiti-Teknologi-Malaysia.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 OJT: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan meneruskan usaha mendokumentasikan flora dan fauna yang terdapat di kampusnya bagi menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

UTM dalam kenyataan semalam memaklumkan pelbagai program telah dirangka bagi memupuk perasaan cintakan alam sekitar demi kelestarian generasi masa hadapan, selaras dengan satu daripada nilai teras UTM iaitu Kelestarian.

Program itu termasuk “UTM Biodiversity Platform” yang bertujuan melahirkan saintis masyarakat yang akan menyumbang foto flora dan fauna kepada ‘Living Lab UTM’ menerusi aplikasi iNaturalist.

Advertisement

“Foto yang dimuat naik akan dijadikan sebagai inventor’ biodiversiti bandar menerusi pangkalan data UTM Biodiversiti di pautan https://www.inaturalist.org/projects/utm-biodiversity

“Apa yang menarik, kesemua data mengenai flora dan fauna ini dapat diakses di seluruh dunia terutamanya melibatkan pemetaan di kampus UTM sendiri,” menurut kenyataan

UTM berharap foto tersebut boleh digunakan sebagai penanda aras kesejahteraan spesis yang wujud sekali gus menggalakkan pembelajaran ekosistem dan mendekatkan masyarakat dengan alam sekitar.

Advertisement

“Pada masa hadapan, pengguna akan dapat melihat sendiri pelbagai spesis yang ada di UTM yang turut berpotensi menjadikan universiti berkenaan sebagai sebuah kampus edu-pelancongan,” menurut UTM.

Program itu akan digerakkan secara sinergi oleh Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina dan Ukur Prof Dr Rafee Majid dan Dr Ak Mohd Rafiq Ak Matusin bersama Pusat Pelestarian UTM dalam menyediakan data inventori yang membantu pelaksanaan pemeliharaan sera pemuliharaan alam sekitar dalam kampus.

Rafee dalam kenyataan sama berkata kesemua foto flora dan fauna yang dimuat naik akan tersimpan di laman sesawang UTM Biodiversiti berdasarkan lokasi ia dijumpai dan ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk akademik dan pelancongan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top