BM | EN | 中文

UTM ambil inisiatif menyeluruh jamin kebajikan kakitangan dan pelajar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 MAC: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil inisiatif menyeluruh bagi memastikan kebajikan seramai 3,218 pelajarnya yang tinggal di kawasan kampus berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini.

UTM dalam satu kenyataan memberitahu, inisiatif menyeluruh itu melibatkan semua jabatan utama universiti termasuk Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) serta Jabatan Keselamatan.

Menurut kenyataan itu, pihak universiti turut menubuhkan Tabung Khas Bantuan Covid-19 bagi mengumpul sumbangan untuk menampung kos pengurusan.

Advertisement

“Sehingga jam 9 pagi hari ini, jumlah yang terkumpul adalah sebanyak RM106,922 dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat.

“Bagi pemantauan pelajar, HEP telah mengeluarkan arahan untuk mengehadkan pergerakan termasuk membatalkan kesemua aktiviti pelajar,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, bagi memastikan kebajikan pelajar terjamin, pihak universiti akan memberi pek makanan tengah hari dan malam secara percuma sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Advertisement

“Sementara itu, premis kafeteria dibuka namun beroperasi secara penghantaran atau ‘take away’, manakala kedai serbaneka beroperasi seperti biasa.

“PKU juga beroperasi setiap hari dengan menyediakan saluran kecemasan 24 jam serta mengehadkan 30 orang pesakit dalam satu-satu masa bagi membendung sebarang kemungkinan,” tambah kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak universiti berharap kesemua staf dan pelajar akan sentiasa mematuhi arahan Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top