BM | EN | 中文

UTM AGIH MAKANAN PERCUMA MENERUSI PROGRAM FREE MEAL BENTO

bento-3.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 DIS: Program ‘Free Meal Bento’ anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengagihkan 5,000 bekalan makanan percuma untuk penuntut universiti itu sejak ia dimulakan pada 2016.

Pensyarah Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi UTM, Prof Madya Dr Fatin Aliah Phang berkata, tujuan utama program itu adalah untuk meringankan beban perbelanjaan penerima.

Katanya, program itu dijalankan seminggu sekali dengan kerjasama penuntut Sekolah Pendidikan.

Advertisement

“Program ini dianjurkan dengan matlamat untuk mengurangkan masalah kemiskinan pelajar, mengatasi kelaparan serta mendidik penggunaan bekas kitar semula.

“Menerusi program ini, kami menyediakan makanan percuma untuk 100 penuntut. Makanan yang disediakan pelbagai dan seimbang,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui semasa program tersebut yang diadakan di Blok C15, UTM, di sini hari ini.

Advertisement

Mohd Al-Hayyan

Turut hadir, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi, Prof Dr Zaidatun Tasir.

Sementara itu, salah seorang penuntut, Mohd Al-Hayyan Mat Hassan, 22, memberitahu, dia sudah beberapa kali mengambil makanan percuma menerusi program itu.

“Program ini memberi banyak manfaat kepada penuntut. Selain ia menjimatkan wang belanja kami, makanan yang disediakan juga amat berkualiti,” ujarnya.

Advertisement

Seorang lagi penuntut, Siti Nur Amirah Md Jamain, 21, pula memberitahu, dia berterima kasih kerana adanya program agihan makanan percuma tersebut.

Siti Nur Amirah

“Bekalan makanan yang diagihkan jika dibeli diluar rasanya bernilai kira-kira RM10,” katanya yang berasal dari Batu Pahat.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top