BM | EN | 中文

UTILITI DIPASTIKAN DALAM KEADAAN TERBAIK – JIMMY PUAH

IMG-20191115-WA0004.jpg

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 15 NOV: Kerajaan negeri memberi jaminan akan memastikan persediaan utiliti bekalan elektrik tidak berdepan masalah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan esok.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, persediaan rapi telah dilakukan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, seramai 80 pegawai dan kakitangan TNB akan bersiap sedia di kesemua 27 pusat daerah mengundi (PDM) dan Dewan Jubli Intan, Pontian.

“Sebanyak 10 set janakuasa bergerak akan disediakan dimana satu ditempatkan secara kekal di dewan, selain 12 set janakuasa mudah alih turut disediakan.

“Jadi kami yakin tidak akan timbul sebarang masalah ‘blackout’ di mana-mana lokasi berkaitan PRK esok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja di Bilik Gerakan TNB Pontian, di sini hari ini.

Tambah Jimmy, persediaan itu juga bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden kerosakan yang boleh mengganggu proses pengundian yang berlangsung esok.

Turut hadir, Pegawai Perhubungan Awam TNB negeri, Nadir Ahmad dan Ketua Bilik Gerakan TNB Pontian, Mohd. Razali Selamat.

Sementara itu, Mohd Razali turut memberitahu pihaknya turut memanggil kakitangan TNB dari luar Pontian bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan.

“Kami turut memanggil kakitangan TNB dari Johor Bahru, Pasir Gudang, Kulai serta dari Jasin, Melaka.

“Bermula hari ini, kami telah mula bertugas selama 24 jam sehingga 17 November, iaitu sehari selepas hari pengundian,” ujarnya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top