BM | EN | 中文

UTHM sokong pengurangan yuran 20 peratus semester satu sesi akademik 2021/2022 kepada semua pelajar

Universiti-Tun-Hussein-Onn-Malaysia-UTHM_Batu_Pahat.jpg

Gambar Ehsan Wikipedia

Advertisement

BATU PAHAT, 17 SEPT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersetuju menyokong langkah pengurangan yuran sebanyak 20 peratus bagi semester satu sesi akademik 2021/2022 kepada semua pelajar.

Menurut Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly dalam satu kenyataan baru-baru ini, langkah pengurangan yuran itu akan dapat membantu ramai pelajar dari golongan B40.

Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly

“70 peratus pelajar kami datangnya dari keluarga golongan B40 dan mereka ini kebanyakannya terkesan dari segi ekonomi akibat pandemik ini.

Advertisement

“Oleh itu, UTHM telah menyediakan peruntukan RM4 juta untuk membantu golongan ini bagi memastikan mereka dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa pada semester akan datang.

“Bagi aspek kadar vaksinasi dalam kalangan warga UTHM pula, sehingga hari ini 97 peratus staf dan 83 peratus pelajar sudah lengkap divaksinasi.

“UTHM akan terus memastikan semua staf dan pelajar melengkapkan dua dos vaksin menjelang akhir September ini,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM juga turut menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi berkenaan pembukaan kampus secara berfasa dalam memastikan sistem Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) di IPT terus relevan.

Menurut Yang Dipertua MPP, Muhammad Faris Abdul Hadi hasil tinjauan kilat yang dibuat rata-rata pelajar gembira dan tidak sabar untuk kembali merasai semula kehidupan di kampus dan menghadiri kuliah secara fizikal.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top