BM | EN | 中文

UTHM, SIASUN AUTOMATION – BERKERJASAMA UNTUK KEJAYAAN TVET

IMG-20191018-WA0006.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OKT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Siasun Automation (Singapore) Pte Ltd telah menandatangi memorandum persefahaman (MoU) dalam menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar, staf dan penyelidik di universiti tersebut.

Perjanjian tersebut di saksikan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam sebuah majlis yang diadakan di hotel Steigenberger Frankfurter Hof di Frankfurt, Jerman pada 15 Oktober lalu.

MoU tersebut adalah bertujuan untuk menyediakan pelbagai peluang untuk UTHM berkolaborasi dan menyumbang kepada kejayaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), khususnya di Malaysia.

Advertisement

Dr Maszlee berharap universiti tersebut akan mengambil cabaran untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam pembaharuan TVET di Malayia selain mendahalui Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dalam agenda TVET ini.

“Saya percaya langkah ini akan membuka lebih banyak ruang kolaborasi yang akan menyumbang bukan sahaja antara UTHM dan Siasun, tetapi juga antara Kesatuan Eropah (EU), Asean dan China.

“Ini kerana EU, Asean dan China merupakan tiga blok dagangan utama di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Advertisement

Kolaborasi program oleh Siasun dalam robotik dan automasi untuk pembaharuan dan peningkatan kemahiran ini semestinya akan membantu merealisasikan Industri 4.0 (Industry 4WRD) di Malaysia.

Majlis MoU tersebut dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Ismail Abdul Rahman, mewakili UTHM, manakala Siasun diwakili oleh pengarahnya GL Toh.

Turut hadir termasuklah pengarah urusan Teutloff dan naib presiden eksekutif kumpulan pendidikan dan teknologi Siasun Andy Pan.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top