BM | EN | 中文

UTHM jalankan projek kompos sisa makanan dari bazar Ramadan

Universiti-Tun-Hussein-Onn-Malaysia-UTHM_Batu_Pahat.jpg

Gambar Ehsan Wikipedia

Advertisement

BATU PAHAT, 11 MEI: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah tampil dengan projek pengkomposan sisa makanan baru-baru ini dalam usaha untuk mengurangkan kapasititi pembuangan sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah sempena bulan Ramadan.

Ketua Projek, Prof Madya Ir Dr Noor Yasmin Zainun berkata program yang dilancarkan sejak hari pertama Ramadan itu dijayakan dengan kerjasama SWM Environment Sdn Bhd.

Ia tertumpu kepada empat tapak bazar Ramadan yang menghasilkan sisa terbanyak dalam daerah ini iaitu Bazar Ramadan Pesta, Bindu, Taman Universiti dan Parit Raja.

Advertisement

Katanya, pelaksanaan projek penting kerana pembuangan sisa pepejal ketika bulan Ramadan meningkat tiga kali ganda berbanding hari biasa.

“Program Pengurusan Sisa Makanan ini turut dilaksanakan bersama komuniti di bazar Ramadan bagi memberikan kesedaran kepada mereka.

“SWM menyediakan tong sampah khas untuk program ini dan sisa makanan yang dikutip kemudiannya dibawa ke Pusat Penyelidikan Sisa Pepejal (PPSP) di UTHM untuk diuniskan oleh syarikat terbitan UTHM iaitu SWIDWEB Solutions,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada pembenta selepas sesi penerangan berkenaan proses penghasilan baja daripada sisa makanan tersebut di sini hari ini.

Menurut Noor Yasmin yang juga pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, UTHM terpanggil untuk melaksanakan projek itu ekoran kenyataan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang mendedahkan terdapat kira-kira 10,000 tan makanan yang masih elok serta plastik dibuang di Semenanjung Malaysia setiap hari dalam bulan Ramadan.

“Sebenarnya proses percubaan projek ini telah bermula sejak Februari lepas melibatkan beberapa kawasan perumahan di sekitar UTHM, cuma kali ini fokusnya adalah bazar Ramadan.

Advertisement

“Di unit PPSP UTHM ini, sisa makanan dikumpul akan diproses bagi menghasilkan larva lalat dikenali sebagai ‘Black Soldier Fly Larvae’ yang berfungsi sebagai makanan kepada ikan dan juga boleh dijadikan sebagai baja organik,” katanya.

Terdahulu, turut hadir sesi penerangan berkenaan ialah Eksekutif Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Kerajaan, SWM Environment Sdn. Bhd. Johor Shahrul Amir Abdul Rahman.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top