BM | EN | 中文

UTHM bina dron kargo bersaiz besar pertama di Malaysia

uthm-drone.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 22 SEPT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya membina dron kargo bersaiz besar pertama di Malaysia dikenali sebagai C-Drone.

Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM dalam satu kenyataan berkata, kejayaan tersebut sekali gus menjadi hadiah kepada universiti itu yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-28 pada 16 September lalu.

“Lebih membanggakan, ciptaan penyelidik UTHM ini turut berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Beban terberat yang boleh diangkat oleh sesebuah dron,” menurut kenyataan tersebut.

Advertisement

Ujarnya, percubaan rekod penerbangan hovering ini, C-Drone berjaya diterbangkan dengan membawa beban kargo seberat 200 kilogram (kg).

“Projek yang memakan masa kurang dua tahun ini dijayakan oleh sekumpulan penyelidik UTHM yang mempunyai latar belakang pelbagai bidang kepakaran. Mereka turut dibantu oleh sekumpulan pelajar dan penasihatan pakar daripada universiti tempatan dan pihak industri,” katanya.

Seementara itu menurut Ketua Projek, Profesor Madya Dr Zamri Omar prototaip C-Drone ini telah direka bentuk, dibina dan diuji terbang di UTHM.

Advertisement

“Bermula dengan aktiviti analisis dan reka bentuk, simulasi, fabrikasi komponen, pemasangan, integrasi sistem dan pengujian terbang, semuanya telah dilaksanakan di dalam fasiliti makmal projek C-Drone yang berlokasi di kampus induk,” katanya.

Jelas beliau secara umumnya C-Drone digerakkan oleh kuasa bateri dan ianya adalah dari jenis Multirotor Vertical Takeoff and Landing (VTOL). Saiz prototaip dron kargo UTHM ini kira-kira lima meter panjang, lima meter lebar dan dua meter tinggi, manakala berat kasarnya pula sekitar 400 kg.

Projek pembangunan C-Drone ini bertujuan untuk menghasilkan suatu proof of concept (POC) iaitu bagi membuktikan konsep reka bentuk dan sistem dron kargo besar ini boleh dibina dan ianya berupaya beroperasi dengan baik.

Advertisement

“Dana projek C-Drone ini diperolehi daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan sebahagian daripadanya dibiayai oleh pihak UTHM sendiri,” katanya.

Kejayaan UTHM mencipta dan melaksanakan pengujian awal prototaip C-Drone ini, diharap dapat menjadi motivasi dan membuka ruang bagi universiti dan pihak industri yang berminat untuk berkerjasama dalam mengembangkan potensi dron ini ke arah pengkomersialan.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top