BM | EN | 中文

UTeM sedia 21 bas hantar pelajar pulang ke kampung sempena Aidilfdri

UTEM-Melaka.jpg
Advertisement

MELAKA, 5 MEI: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyediakan sebanyak 21 bas bagi tujuan pergerakan pulang pelajarnya ke kediaman masing-masing sempena sambutan Aidilfdri kali ini.

Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, dalam satu kenyataan kepada berkata dijangkakan seramai 735 pelajar akan menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan UTeM menerusi Op Pulang Had Raya

bermula 7 hingga 10 Mei depan sebelum kembali ke kampus bermula 17 hingga 20 Mei.

Advertisement

‘Perkhidmatan bas yang diselaraskan oleh UTeM terbahagi kepada empat zon utama iaitu Utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang), Tengah (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak), Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) dan Selatan (Melaka, Negeri Sembilan dan Johor).

“Pelajar UTeM yang ingin pulang ke kediaman masing-masing sempena cuti perayaan Aidilfitri perlu membuat permohonan melalui Sistem Maklumat Pelajar di dalam menu Op Pulang Had Raya yang dibuka sejak 29 April hingga 2 Mei lepas.” menurut kenyataan itu, lapor Bemama.

Menurut kenyataan itu, Sistem Maklumat Pelajarnya menerima 3,156 permohonan daripada pelajar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan perayaan kali ini membabitkan 1,862 pelajar yang tinggal di dalam kampus dan 1,294 pelajar yang tinggal di luar atau rumah sewa.

Advertisement

“Pelajar yang berjaya permohonannya hanya perlu mencetak surat pelepasan rentas negeri sehari sebelum perjalanan dan surat berkenaan telah dilengkapkan dengan sistem kod QR bagi tujuan kawalan dan pengesahan data pelajar, dengan sebahagian pelajar akan pulang dengan bas, kenderaan sendiri, dijemput oleh waris dan menggunakan perkhidmatan kapal terbang,” menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu menyebut saringan kesihatan akan dilakukan sebelum pergerakan bermula dengan pelajar yang tidak bergejala sahaja dibenarkan pulang.

Bagaimanapun pelajar yang tinggal di Sarawak dan lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan pulang.

Advertisement

Kenyataan itu turut menegaskan pelajar yang terlibat dengan Op Pulang Hari Raya ke negeri atau daerah yang di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu membuat pengasingan kendiri selama enam hari di kediaman masing-masing.

“Apabila kembali ke kampus, pelajar perlu menjalani pengasingan selama 10 hari di kolej kediaman asal tetapi rumah/ bilik yang ditentukan oleh pengurusan kolej, dipakaikan gelang dan hanya dibenarkan bergerak dalam kawasan Kolej Kediaman yang ditetapkan sahaja,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top