BM | EN | 中文

UTeM rangkul 10 pingat pada pertandingan RISE 2020

UTEM-Melaka.jpg
Advertisement

MELAKA, 22 DIS: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya merangkul 10 pingat pada pertandingan Simposium dan Ekspo Maya Penyelidikan dan Inovasi Antarabangsa (RISE 2020) yang dianjurkan oleh Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) baru-baru ini.

Program yang berlangsung secara dalam talian buat kali pertama itu disertai oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan serta luar negara dengan lebih 250 produk inovasi diketengahkan.

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Raha Abdul Rahim berkata UTeM terus komited dalam aspek menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi sekali gus menyaksikan kejayaan demi kejayaan dikecapi tahun ini.

Advertisement

“UTeM berjaya merangkul lima emas, empat perak dan satu gangsa, sekali gus memberi gambaran hasil inovasi universiti ini terus diiktiraf di peringkat antarabangsa.

UTeM telah menetapkan penyertaan bagi penyelidikan yang berkualiti dan memberi fokus kepada kumpulan produk inovasi bagi manfaat masyarakat serta komuniti dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tiga daripada lima pingat emas yang diraih UTem adalah melalui tiga produk penyelidikan yang diketuai Prof Madya Dr Mohd Yuhazri Yaakob iaitu Konsep Baharu VIEKC, HiT oK serta “UDe HaB” manakala dua lagi adalah produk “ECOCO-The Eco Material for Desiccant Dehumidifier” diketuai Norain Idris dan Blok V-Lego yang diketuai oleh Dr Norfariza Ab Wahab.

Advertisement

Kesemua penyelidik UTeM yang memenangi pingat itu adalah tenaga pengajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP).

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top