BM | EN | 中文

Utamakan rakyat tempatan, bukan PATI

Dr-Zuhan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 NOV: Tindakan kerajaan untuk memberi permit kerja sementara kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dianggap suatu tindakan yang kurang efektif.

Perkara itu ditegaskan oleh Pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain yang menggambarkan tindakan kerajaan itu seperti tidak memahami keadaan rakyat di negara ini yang hilang perkerjaan.

Katanya,, tindakan kerajaan itu seperti perumpamaan ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’ ketika dihubungi semalam.

Advertisement

“Penggangguran di negara ini dalam rekod April sahaja sudah meningkat sebanyak 48.8 peratus yakni seramai 778,800 orang.

“Adakah kerajaan tidak sedar akan permasalahan ini? Mengapa sibuk memikirkan PATI sedangkan penyediaan perkerjaan kepada rakyat di negara ini tidak dipenuhi.

“Kerajaan harus memikirkan soal rakyat terlebih dahulu bukan PATI yang memasuki negara secara tidak sah. Rakyat hari ini terkesan teruk dengan keadaan kemelesetan ekonomi mereka dan ramai yang hilang perkerjaan atau punca pendapatan,” tegasnya lagi.

Advertisement

Semalam media melaporkan, kerajaan mempertimbangkan untuk memberi permit kerja sementara kepada PATI yang berada di negara ini bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja asing dalam industri kelapa sawit dan getah.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top