BM | EN | 中文

Utamakan rakyat, kerjasama parti politik demi rakyat

Sheikh-Omar-Adun-Paloh.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

KLUANG, 19 OGOS: Rakyat pelbagai latar belakang mahu wakil rakyat yang sentiasa mengutamakan mereka, kata Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Beliau berkata, rakyat mahu wakil mereka yang proaktif memikirkan tentang masa depan negara serta polisi-polisi yang baik untuk negara.

Kata Sheikh Umar, Malaysia sedang melalui satu proses kematangan demokrasi, yang mana parti politik tidak lagi menjadi begitu berkuasa kerana hegemoni-hegemoni serta ketakutan-ketakutan yang dilontarkan ke arah rakyat.

Advertisement

“Akhirnya, tidak semua parti politik boleh bersifat angkuh dan kita ada penjajaran-penjajaran baharu yang mengambil kira kepentingan rakyat.

“Pada masa ini, apa bentuk penjajaran itu pasti akan berlaku kerana tiada satu parti pun yang ada majoriti yang cukup dan keadaan ini mendesak supaya kita bekerjasama,” katanya, lapor Roketkini.

Dalam pada itu, Sheikh Umar menambah, banyak bentuk penjajaran semula untuk Malaysia berlaku pasca Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14).

Advertisement

Kata beliau, Pakatan Harapan (PH) yang mengambil alih selama 22 bulan dan selepas itu pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri selama 17 bulan.

Sekiranya tiada sebarang konsensus atau persetujuan bersama dalam satu betuk gabungan politik baharu, Sheikh Umar berpendapat, maka begitulah keadaannya — tidak akan ada satu parti politik yang begitu dominan.

“Kita harus meneroka pendekatan-pendekatan baharu termasuklah mula membincangkan tentang kerajaan minoriti, mula membincangkan tentang Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dan sebagainya dalam konteks politik Malaysia yang belum pernah kita lalui sebelum ini,” katanya.

Advertisement

Tambah beliau lagi, titah Yang di-Pertuan Agong semalam memperlihatkan kebijaksanaan institusi diraja sebagai sebuah institusi tertinggi di negara ini.

Dalam keadaan tiada satu pun parti-parti politik yang memiliki majoriti signifikan ketika ini, jelas ADUN Paloh itu, Seri Paduka telah menitahkan agar nasib rakyat menjadi keutamaan.

Lebih-lebih lagi tambahnya, ketika negara berada pada fasa krisis kesihatan serta ekonomi.

Advertisement

“Titah Agong ini harus dicermati dengan berhemah.

“Saya memahami titah ini sebagai satu seruan agar ahli-ahli politik mengenepikan perbezaan dalam mencapai makna kuasa.

Menurut beliau, kestabilan pentadbiran kerajaan harus diwujudkan segera merentasi sempadan kerajaan-pembangkang.

Advertisement

Beliau menjelaskan, semua ahli Parlimen harus berpadu tenaga mengeluarkan rakyat dan negara dari krisis kesihatan serta pandemik ini.

“Ramai rakyat diluar sana sedang berhadapan tekanan hidup, berdepan dengan kematian hari demi hari. Hilang punca pendapatan serta anak-anak keciciran dalam pendidikan.

“Perkara ini mesti dilalui bersama oleh kita semua termasuklah ahli-ahli politik,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top