BM | EN | 中文

Utamakan pelajar yang susah dalam isu pulang ke IPT – Syed Saddiq

syed-saddiq-ahli-perlimen-muar.jpg

Syed Saddiq menyerahkan sumbangan laptop kepada keluarga dan pelajar di Muar yang memerlukan

Advertisement

MUAR, 10 JUL: Kerajaan perlu mempertimbangkan nasib pelajar yang berada dalam kesusahan termasuk mereka yang tinggal di luar bandar berikutan pengumuman pembukaan semula institusi pengajian tinggi (IPT) pada Oktober.

Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beban kewangan adalah realiti dan bukannya sekadar ‘cakap-cakap’.

“Saya memang risau dengan kumpulan pelajar yang kurang bernasib baik dan berlatarbelakang keluarga susah.

Advertisement

“Banyak pelajar yang susah. Nak sewa rumah, sudah terminate awal. Perlu cari baru. Nak pindah barang, mahal juga kosnya.

“Ada yang dari Sabah, Sarawak. Kos untuk bergerak memang mahal. Saya faham keperluan untuk pulang semula ke IPT. Saya pasti Kementerian juga maklum dengan soal ini,” kata Syed Saddiq dalam satu kenyataan.

Kata Syed Saddiq terdapat di kalangan pelajar yang mahu pulang ke IPT, namun katanya pembelajaran melalui internet juga lebih baik.

Advertisement

“Boleh belajar dengan kawan, jumpa pensyarah, lebih mudah belajar. Ada ramai sokong, ada juga yang risau.

“Maksudnya, ada pelajar susah hati jika diawalkan tempoh pulang, ada yang hembus nafas lega.

“Jadi, mungkin apa yang IPT perlu buat adalah beri pertimbangan lebih utama kepada pelajar yang ada masalah seperti kewangan, internet, sewa rumah dan sebagainya.

Advertisement

“Bantu mereka yang susah dahulu. Saya pasti rakan-rakan mereka pun akan sokong usaha ini,” ujarnya lagi.

Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad pada 8 Julai mengumumkan pembukaan IPT sepenuhnya pada bulan Oktober.

Menurut beliau jemaah menteri juga bersetuju dan bagi memastikan keputusan itu dapat dilaksanakan dengan sempurna IPT dan para pelajar dipohon untuk membuat persediaan yang diperlukan mulai dari sekarang.

Advertisement

“KPT berpendapat tempoh hampir tiga bulan yang masih berbaki sehingga semester baru dimulakan pada Oktober ini adalah mencukupi bagi semua pihak membuat persiapan dan persediaan yang diperlukan,” kata Noraini.

KPT sebelum ini pada Mei lalu berkata, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua kampus Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember ini.

Justeru itu perubahan keputusan mendadak oleh KPT menimbulkan kesukaran kepada para pelajar terutamanya yang kurang berkemampuan dan tinggal di luar bandar sehingga terpaksa membatalkan sewaan rumah, asrama dan sebagainya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top