BM | EN | 中文

Utamakan anak tempatan bina aplikasi kerajaan, bukan syarikat luar – Dr Maszlee Malik

maszlee-malik-simpang-renggam.jpg

Dr Maszlee Malik

Advertisement

KLUANG, 8 JUL: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mendesak kerajaan menyokong syarikat ICT tempatan untuk kemajuan ekonomi Malaysia, berbanding syarikat luar.

Beliau membangkitkan persoalan sama ada syarikat tempatan dan pemain industri tempatan tidak mempunyai kepakaran untuk melaksanakan projek-projek ICT tersebut.

Antaranya kata Dr Maszlee, aplikasi MySejahtera yang dibangunkan dengan usahasama syarikat luar negara, KPISoft Inc dari Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Singapura.

Advertisement

“Begitu merunsingkan. Seolah-olah syarikat tempatan tiada kepakaran dan tidak berkemampuan melaksanakan projek berkenaan,” kata Dr Maszlee dalam satu kenyataan.

Selain itu katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan laman web DELIMA (Digital Education Learning Initiative Malaysia) di mana solusi dan kandungan digital tempatan langsung tidak diketengahkan.

Manakala MyFutureJobs oleh PERKESO yang menggunakan kepakaran teknologi dari Netherland adalah sebahagian daripada projek PENJANA.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, geran pendigitalan SME menawarkan geran padanan kepada syarikat asing, sedangkan ia menggunakan wang kerajaan dan wang cukai rakyat.

Justeru, Dr Maszlee mengulangi gesaan MTEM (Majlis Tindakan Ekonomi Melayu) dan NEF (Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia) yang mahu kerajaan mempertimbangkan semula projek berskala besar yang diberikan kepada syarikat asing.

Beliau membangkitkan persoalan sama ada syarikat tempatan dan pemain industri tempatan tidak mempunyai kepakaran untuk melaksanakan projek-projek tersebut.

Advertisement

“Apakah kerajaan tidak mempunyai polisi untuk melindungi pemain industri tempatan, terutamanya syarikat digital tempatan yang selama ini bangun dan berdiri sendiri tanpa bantuan kewangan kerajaan?

“Apakah niat kerajaan membawa masuk pemain luar untuk bersaing dengan pemain kecil & SME di dalam negara?

“Apakah pula pendirian kerajaan terhadap kemajuan pemain industri tempatan terutamanya ekonomi Melayu dan Bumiputra? soal bekas Menteri Pendidikan itu.

Advertisement

Kata Dr Maszlee, persoalan yang dibangkitkannya penting untuk melihat sejauh mana kemahuan kerajaan untuk benar-benar membantu industri tempatan, khususnya Melayu-Bumiputera.

“Atau retorik Melayu-Islam hanya digunakan untuk meraih laba politik semata-mata? soal Dr Maszlee.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top