BM | EN | 中文

Utamakan agenda kesihatan mental dalam Belanjawan 2022 – Adun Maharani

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.jpg
Advertisement

MUAR, 27 OKT: Kerajaan perlu memandang serius tahap kesihatan mental rakyat agar dapat membantu mereka yang mengalami masalah sedemikian.

Menjunjung titah Pemaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Nor Hayati Bachok berkata, soal kepentingan kesihatan mental di kalangan rakyat perlu diutamakan.

Jelas Nor Hayati, sudah tiba masanya kerajaan menumpukan perhatian selain daripada kesihatan asas, kesihatan mental adalah suatu perkara yang perlu ditekankan.

Advertisement

“Selain orang awam, kesihatan mental golongan barisan hadapan juga perlu diberi perhatian serius selepas hampir dua tahun mereka bertungkus lumus bekerja sambil berdepan risiko dijangkiti wabak Covid-19 yang melanda negara.”

“Pandemik telah menjejaskan kesihatan mental rakyat khususnya yang terkesan dengan tekanan hidup, lalu ramai yang mungkin mengalami gejala atau kemurungan tanpa disedari.

“Ia akan memberi kesan negatif terhadap kehidupan jika tidak ditangani dengan bantuan pakar profesional.

Advertisement

“Kesejahteraan mental rakyat diharapkan dapat diberi perhatian oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan Jumaat ini,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris, bertitah soal kesihatan mental perlu dititikberatkan dalam kalangan masyarakat khususnya ahli keluarga agar dapat dikesan lebih awal dan langkah pencegahan dapat diambil.

Menurut Raja Zarith Sofiah, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan juga memberi kesan kepada kesihatan mental pelbagal lapisan masyarakat.

Advertisement

Titah baginda lagi, ramai dalam kalangan rakyat telah kehilangan kerja atau punca pendapatan dan menghadapi kesulitan kewangan serta keadaan ini amat mencabar, terutamanya dari aspek kesihatan mental.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top