BM | EN | 中文

USUL ISYTIHAR HARTA, PEMBANGKANG SETUJU TAPI TAK MENGUNDI

IMG-20191201-WA0004.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 DIS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini membawa usul untuk dibawa ke peringkat rundingan bagi mewajibkan semua Ahli Dewan Negeri (ADUN) Johor mengisytiharkan harta.

Usul yang dibawa Menteri Besar, Datuk Dr Sahrudin Jamal pada petang hari terakhir sidang Dewan Negeri (DUN) Johor hari ini dipersetujui dewan, namun Adun pembangkang tidak mengundi untuk usul berkenaan.

Pembangkang yang diwakili Adun Benut, Datuk Ir Hasni Mohammad dan Adun Kahang, R Vidyananthan menyokong dan telah membahaskan usul berkenaan.

Advertisement

Namun apabila Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat (gambar, kanan) membuka ruang untuk undian, Adun-Adun pembangkang tidak mengundi usul berkenaan.

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim (gambar, kiri) dan Adun Pemanis, Dr Chong Fat Full yang mewakili pihak kerajaan membahaskan usul yang dibawa MB berkenaan.

Khairuddin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan (PH) berkata, usul tersebut amat baik dan akan mencegah Adun Johor dari melakukan amalan rasuah.

Advertisement

“Rakyat akan boleh menilai sendiri sikap seorang dari Adun ini. Jumlah aset bersih setiap seorang Adun akan menonjolkan sikap berani dan bertanggungjawab.

“Ini akan meniupkan nafas baru kepada landskap politik di negeri Johor.

“Selain kesediaan untuk dinilai secara telus oleh rakyat, ia merupakan petanda (Johor) terkehadapan dalam menginstitusikan budaya disiplin dan kebertanggungjawaban setiap wakil rakyat,” kata Khairuddin ketika membahaskan usul berkenaan pada sidang DUN, hari ini.

Advertisement

Usul mewajibkan semua Adun Johor mengisytiharkan harta akan dibawa ke peringkat rundingan selepas mendapat majoriti undi dari ahli dewan yang bersidang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top