BM | EN | 中文

Usul dibangkitkan Parlimen Digital substantif dan relevan – Dr Maszlee Malik

dr-maszlee-malik-simpang-renggam.jpg
Advertisement

KLUANG, 6 JUL: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata usul-usul yang dibangkit dan dibahaskan 222 peserta inisiatif Parlimen Digital sangat substantif dan relevan.

Katanya pelaksanaan Parlimen Digital yang digerakkan anak muda sepatutnya diraikan, lebih-lebih lagi ia merupakan ruang untuk menyuarakan pandangan berkenaan isu-isu negara.

“Usul-usul yang mereka bangkitkan dan bahaskan juga sangat substantif dan relevan.

Advertisement

“Usaha-usaha begini harus diteruskan untuk mengedepankan pelapis pimpinan muda negara dan mengetengahkan wacana yang perlu dibawa mereka,” kata Dr Maszlee dalam satu hantaran di laman Facebook semalam.

Tambah beliau inisiatif Parlimen Digital memperlihatkan anak muda tidak lagi terus memilih untuk berada di belakang tabir sebaliknya sudah berani menyuarakan pendapat mereka.

Ia juga diharap boleh menjadi sebahagian daripada dapatan untuk diperhalusi oleh pengubal undang-undang negara terutamanya ketika berdepan dengan pandemik, seperti COVID-19.

Advertisement

Antara usul yang dibentangkan adalah tentang sistem pendidikan negara yag memerlukan pelan kesiapsiagaan untuk menghadapi krisis seperti penularan wabak COVID-19.

Dalam pada itu, sesi sidang Parlimen Digital dipengerusikan peguam perlembagaan Lim Wei Jiet kelmarin turut meluluskan usul agar kerajaan perlu melancarkan pakej rangsangan ekonomi yang khusus mensasarkan golongan muda.

Justeru itu kata Dr Maszlee, ruang untuk anak muda perlu dibuka seluasnya demi menyiapkan barisan kepimpinan negara di masa akan datang.

Advertisement

“Tahniah saya ucapkan kepada sekumpulan anak muda yang mengusahakan insiatif Parlimen Digital.

“Ia juga membawa wacana baharu iaitu di zaman virus korona ini, perbahasan mengenai isu-isu negara dan kepentingan rakyat tidak boleh terhenti hanya semata-mata kerana ahli parlimen tidak boleh hadir bersidang,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top