BM | EN | 中文

Usahawan muda di Selangor boleh manfaat dana Hijrah Selangor, kembang perniagaan

mohd-khairuddin-othman-hijrah-selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 19 NOV: Golongan belia yang mahu mengembangkan perniagaan disaran memohon peruntukan di bawah Yayasan Hijrah (Hijrah) Selangor.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata kerajaan Selangor komited melahirkan ramai usahawan baharu atau yang memerlukan modal tambahan untuk meningkatkan pendapatan sekali gus memacu ekonomi di negeri itu.

“Dunia hari ini memerlukan belia pantas merebut peluang ditawarkan sekiranya tidak mahu ketinggalan.

Advertisement

“Sekiranya ada skim atau peruntukan yang kerajaan berikan, terus ambil jangan lepaskan peluang,” katanya pada program bual bicara anjuran Suara Merdeka semalam.

Terdahulu, SelangorKini melaporkan Khairuddin sebagai berkata, kerajaan Selangor mahu memastikan pembangunan belia di negeri itu terus diperkasa melalui pelbagai jenis bantuan, tajaan mahu pun pembiayaan.

Melalui Belanjawan Selangor 2021, Hijrah Selangor menerima peruntukan RM15 juta bagi membantu usahawan membuat pinjaman.

Advertisement

Setakat ini Hijrah menyalur pinjaman RM517 juta bagi membantu 53,958 usahawan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top