BM | EN | 中文

Usahawan di Johor perlu tumpu pemasaran, inovasi dan pendigitalan

sheikh-umar-4.jpg
Advertisement

KLUANG, 22 DIS: Kejayaan sesebuah perniagaan bergantung kepada faktor penting iaitu kualiti penghasilan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Bagharib berkata, pengguna kini lebih bijak dan para usahawan perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan menyeluruh mengenai produk atau perkhidatan yang ditawarkan.

Justeru itu katanya, usahawan di Johor perlu memahami bahawa ketahanan sesebuah jenama bergantung kepada antaranya langkah penyelidikan dan pembangunan produk atau perkhidmatan yang akhirnya akan memberi pulangan yang baik.

Advertisement

Dalam masa yang sama katanya, antara faktor lain yang menambat hati pelanggan termasuk memanfaatkan platform digital seperti internet bagi ruang pemasaran selain keberanian untuk melakukan inovasi.

“Keusahawanan itu bukan hanya pada jualan dan keuntungan malah ia perlu dititiberatkan dari aspek kelebihan produk yang dihasilkan, pengurusan, pemasaran, inventori, penginovasian, teknologi dan pendigitalan,” kata Sheikh Umar.

Beliau berkata demikian pada pada majlis pelancaran Karnival Keusahawanan Kluang (KKK) 2019 di Pekan Rabu, Kluang, Jumaat lalu.

Advertisement

Dalam pada itu katanya pelan pembangunan perniagaan juga perlu disediakan untuk mencapai sasaran, selain analisa pasaran untuk para usahawan mencipta pendekatan yang lebih sistematik.

Katanya melalui pelan pembangunan dan strategi sesuatu perniagaan yang dirancang, adalah salah satu kualiti penting untuk bertahan dalam perubahan pasaran.

“Usahawan juga perlu memainkan peranan dalam memastikan perniagaan yang diceburi mempunyai tahap kemampanan (sustainability) melalui pembentukan pelan tindakan pembangunan perniagaan (Business Blueprint) dan mempunyai visi serta misi yang jelas,” kata Sheikh lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top