BM | EN | 中文

USAHAKAN PERTANIAN DI TANAH TERBIAR MILIK KERAJAAN, KURANGKAN IMPORT MAKANAN

mohd-redzuan-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 NOV: Kerajaan mengalakkan pergerakkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) untuk mendekati kerajaan negeri dalam langkah untuk mengusahakan pertanian di tanah terbiar milik kerajaan.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata usaha ini akan membantu untuk mengurangkan kebergantungan import makanan daripada luar negara.

“Baru-baru ini ada satu kumpulan yang telah menghubungi kerajaan negeri untuk menyewa tanah selama 20 tahun untuk melabur dalam usaha untuk membangunkan industri pertanian.

Advertisement

“Oleh yang demikian, kerajaan ingin mengalakkan koperasi-koperasi di bawah Angkasa untuk lebih melibatkan diri dalam industri tersebut,” katanya pada satu sidang media, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini.

Mohd Redzuan juga turut mencadangkan agar gerakan koperasi ini dibangunkan secara berskala untuk menarik usahawan-usahawan lain untuk mengikut jejak langkah serta terlibat dalam projek ini.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau turut behasrat untuk mencadangkan penjenamaan semula Kementeriannya kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, pada suku akhir tahun hadapan.

“Kita mengukur perkara ini terutamaya jika nyata mahu koperasi menjadi pemacu kepada pembangunan ekonomi tertutamanya kita dalam fasa untuk melihat koperasi mempunyai daya saing dan relevan untuk membangunkan negara,” katanya.

Beliau juga turut berkata, kementeriannya telahpun menetapkan strategi dalam Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 supaya koperasi menjadi pemacu kepada pembangunan sosioekonomi yang inklusif.

Advertisement

“Ini penting bagi mencapai sasaran DKN 2030 untuk meningkatkan sumbangan perolehan koperasi daripada RM40.3 bilion pada tahun 2018 kepada RM60 bilion menjelang tahun 2030,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top