BM | EN | 中文

USAHA TANGANI PEMBAKARAN TERBUKA DI KEMPAS TERUS BERJALAN

Amran.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 SEPT : Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bersedia mengeluarkan peruntukan tambahan untuk menangani masalah pembakaran di tapak pelupusan sampah di Jalan Banjaran 15, Kempas, di sini.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Amran A Rahman berkata setakat ini, sejumlah RM200,000 diperuntuk untuk mengatasi isu ini yang telah berlarutan sejak tiga bulan lepas.

“Pergerakan pihak-pihak berkuasa berkaitan serta agensi dan jabatan berkenaan telah berlangsung sejak awal bulan Julai.

Advertisement

“Kesemua pihak yang terlibat akan terus berusaha untuk menyelesaikan pembakaran ini,” katanya dalam ucapan perasmian program kelestarian Taman Bukit Kempas kearah bebas dari denggi, sampah sarap dan ancaman pencemaran udara, hari ini.

Beliau berkata, gabungan sumbangan dan peruntukkan dari semua jabatan terlibat telah mencapai sebanyak setengah juta dalam usaha untuk menangai masalah ini.

“Langkah-langkah untuk memasang paip di kawasan berkenaan juga dalam perbincangan bersama Jabatan Alam Sekitar bagi mengeluarkan gas-gas yang terkumpul di sekitar situ.

Advertisement

“Manakala, dari segi tindakan langkah pendek pula, usaha pemadaman kebakaran serta mengali tanah akan terus dilakukan bagi meminimakan kesan ke atas penduduk setempat termasuklah pencemaran udara hasil dari asap kebakaran,” katanya lagi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk terus melaporkan ke pihak berkuasa mengenai pembakaran terbuka di kawasan mereka.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top