BM | EN | 中文

Usaha pulihara alam sekitar, komitmen kerajaan Johor dipersoal

Rozita-Abdul.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 OKT: Komitmen kerajaan Johor dipersoalkan terutamanya melibatkan usaha pemuliharaan alam sekitar di negeri ini.

Pengarah Biro Alam Sekitar dan Kelestarian (ASK), Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Rozita Abdul berkata, perancangan pemulihan alam sekitar di negeri ini dilihat disambut dingin oleh kerajaan Johor.

“Terdapat juga laporan mendakwa berlakunya kerosakan hutan di beberapa tempat khsusunya di daerah Kota Tinggi sehingga haiwan itu keluar dari habitat mereka.

Advertisement

“Kerosakan ini dikesan apabila kita lihat bagaimana haiwan liar mengganggu kawasan awam seperti yang diketahui kerap berlaku di negeri ini,” ujarnya.

Beliau sebelum ini mencadangkan belanjawan negeri Johor memasukkan peruntukkan bagi pemulihan alam sekitar.

Tambahnya, hal itu penting bagi memastikan kesejahteraan serta keselamatan masyarakat di negeri ini.

Advertisement

“Kerajaan juga perlu memastikan tidak ada berlakunya kes-kes kerosakan alam yang dibuat secara sah atau tidak berlaku di negeri ini.

“Kita mohon untuk kerajaan menunjukkan sebab atau punca yang berlaku ke atas kes-kes yang menyebabkan gangguan oleh haiwan di kawasan awam hari ini.

“Usaha yang lebih progresif perlu dilakukan oleh kerajaan.

Advertisement

“Kita tidak mahu berlakunya gejala sambil lewa sehingga ia menambah mudarat kepada orang awam,” ujarnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top