BM | EN | 中文

EXCO: BANTUAN BOMBA UDARA BAGI KAWAL KEBAKARAN BELUKAR GELANG PATAH

Usaha-padam-kebakaran-hutan-dekat-Gelang-Patah-Dzulkefly-Ahmad.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU 21 OGOS: Usaha memadam kebakaran di kawasan hutan dekat Kampung Pekajang, Gelang Patah diteruskan hari ini oleh pihak bomba, dengan bantuan udara dijangka tiba esok.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad, yang turun padang bagi meninjau operasi tersebut berkata pihak bomba berjaya mengawal keadaan di lokasi kejadian.

“Kebakaran hutan di Kampung Pekajang, Gelang Patah telah merebak enam kilometer radius ekoran angin kuat.

Advertisement

“(Kini) sedang diusahakan dua jentera penggali untuk menggali parit bagi mencegah kebakaran daripada merebak,” kata Dzulkefly kepada Johorkini.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata kerja-kerja membuat rentas lorong telah dilaksanakan bagi memudahkan laluan kepada anggota bomba untuk ke kawasan kebakaran.

Advertisement

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri turut memaklumkan pihaknya telah menghubungi Bomba Johor untuk mendapatkan bantuan Bomba Udara sekiranya diperlukan.

“Saya telah hubungi Datuk Yahya (Madis), Pengarah Bomba negeri untuk bantuan Bomba Udara.

“Insya Allah, esok Bomba Udara akan turun daripada Bangi,” katanya lagi.

Advertisement

Dalam pada itu orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka, memandangkan musim panas dan kering yang sedang dialami sekarang.

Orang ramai diminta bekerjasama memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Bomba di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top