BM | EN | 中文

Usaha luaskan capaian internet di parlimen Simpang Renggam sudah dimulakan – Dr Maszlee

Maszlee-Malik.gif
Advertisement

KLUANG, 21 JUL: Berita baik buat warga parlimen Simpang Renggam apabila syarikat telekomunikasi (Telco) akan memulakan usaha meluaskan capaian internet dan capaian sedia ada mulai Julai sehingga hujung tahun ini.

Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dalam kenyataan baru-baru ini berkata, pihaknya bersama wakil syarikat Telco dan Suruhanjaya Telekomunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Johor telah membuat rondaan meninjau tahap liputan internet di kawasan parlimen itu.

“Dalam mesyuarat atau taklimat tersebut, syarikat-syarikat berkenaan telah membentangkan hasil tinjauan mereka berserta tindakan segera untuk memperbaiki capaian internet di kawasan yang telah diadukan kepada mereka dan yang telah mereka kunjungi,” kata Dr Maszlee.

Advertisement

Berikut adalah laporan dari syarikat-syarikat yang telah membentang laporan mereka:

1. CELCOM

Akan mulakan usaha untuk meluaskan capaian dan kuatkan capaian sedia ada mulai Julai sehingga hujung tahun ini di kawasan-kawasan berikut:

Advertisement

1) Kampung Batu 6, Jalan Ayer Hitam, Kampung Ulu Benut;
2) Penjara Simpang Renggam dan Kem Bn.5 PGA;
3) Kampung Parit Hasan, Mukim Ulu Benut;
4) Kampung Melaka, Setia Jaya, Machap;
5) Kampung Bukit Batu Machap dan Kawasan sekitarnya;
6) Kampung Sri Maju Jaya ,Simpang Renggam , Ayer Hitam;
7) Taman Sri Bayu, simpang Renggam;
Felda Ayer Hitam, Kluang;
9) Kg Parit 4, Sungai Linau dan Kawasan sekitarnya;
10) Kampung SC Jaya Sepakat, Layang-Layang.
Beberapa kawasan lain juga akan diusahakan mengikut jadual projek JENDELA.

2. MAXIS

Telah mulakan usaha untuk meluaskan capaian dan kuatkan capaian sedia ada dan bakal selesai dalam bulan Julai di sehingga November di kawasan-kawasan berikut:

Advertisement

1) Taman Purnama dan kawasan sekitarnya;
2) Kg Chokro dan kawasan sekitarnya;
3) Penjara Sg Renggam dan Kem Bn.5, PGA;
4) Kampung Paya Mas dan kawasan sekitarnya;
5) Taman Sri Bayu dan kawasan sekitarnya;
6) Kg Parit Haji Hasyim dan kawasan sekitarnya;
7) Bandar Baru Ibrahim Majid dan kawasan sekitarnya; Kg Baru Layang- Layang dan kawasan sekitarnya;
9) Kg Batu 6, Jalan Ayer Hitam (Ogos 2021)
10) Sg Linau (Julai – Nov)
11) Kg Sri Maju Jaya (Nov 2021)
12) Kampung Melaka, Setia Jaya, Machap (Nov 2021)
Beberapa kawasan lain juga akan diusahakan mengikut jadual projek JENDELA.

3. DIGI

Telah mulakan usaha untuk meluaskan capaian dan kuatkan capaian sedia ada dan bakal selesai dalam bulan Julai di sehingga November di kawasan-kawasan berikut:

Advertisement

1) Penjara Simpang Renggam dan Kem Bn.5 PGA.
2) Taman Purnama, dan kawasan sekitarnya.
3) Kampung Setia Jaya Machap dan sekitarnya.
4) Kampung Bukit Batu Machap dan sekitarnya.

4. TM

TM telah berjaya menyiapkan infrastruktur Unifi di enam (6) kawasan di dalam persekitaran pekan Simpang Renggam, terutamanya kawasan-kawasan taman, di mana kadar penggunaan Unifi setakat ini telahpun mencapai 53%.

Advertisement

Tambah Dr Maszlee TM juga sedang menyiapkan infrastruktur Unifi di 20 buah lagi kawasan di sekitar pekan Simpang Renggam dan beberapa kawasan lain di dalam kawasan parlimen Simpang Renggam.

Ia dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir Disember 2021 dengan kawasan-kawasan ini bakal diliputi perkhidmatan internet (Streamyx) dan kadar pengunaaannya telah hampir mencapai 40 %.

“Saya ingin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya Encik Azhar dari SKMM Johor, syarikat Telco yang terlibat dan juga semua warga dalam kawasan parlimen Simpang Renggam yang membuat aduan untuk dikemukakan.

Advertisement

“Saya berharap selepas ini anak-anak tidak lagi bermasalah mengikuti sesi PdPR, warga kerja tidak lagi menghadapi masalah bekerja dari rumah (WFH), dan ibu bapa yang tinggal di kampung boleh selalu melakukan VC (video call) dengan anak-anak mereka yang tinggal di luar.

“Kita doakan agar usaha-usaha Telco ini akan segera berjalan,” kata Dr Maszlee lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top