ISKANDAR PUTERI, 28 NOV: Kerajaan negeri komited menyelesaikan masalah air yang berlaku di Felda Gugusan Lok Heng dan Gugusan Waha.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti, Jimmy Puah Wee Tse, fenomena El-Nino yang melanda menyebabkan kemorosotan paras air Sungai Gembut menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) di situ tidak dapat beroperasi.
“Bagi mengatasi masalah ini, Badan Kawalselia Air Johor (Bakaj) mencadangkan pelaksanaan Projek Penyaluran Air Mentah dari Mawai melalui Projek Layang-layang oleh Kerajaan Persekutuan dengan anggaran kos RM40.77 juta.
“Selain itu, Ranhill SAJ akan menaiktaraf LRA Gembut bagi atasi masalah air di kawasan Felda” katanya pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Terdahulu, Jimmy (Bukit Batu-PH) menjawab soalan Rosleli Jahari (Johor Lama-BN) mengenai masalah air di Loji Air Waha dan Loji Air Lok Heng.
Tambah Jimmy lagi, langkah awal yang dilaksanakan ialah kajian kebolehlaksanaan projek berdasarkan peruntukan RM500,000 yang telah diluluskan.
JohorKini