BM | EN | 中文

Usaha kekang COVID-19, Adun Penggaram anjur ujian saringan pandu lalu

Gan-Peck-Cheng-Adun-Penggaram.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 26 MEI: Adun Penggaram, Gan Peck Cheng menganjurkan program saringan COVID-19 secara pandu lalu pada hari Sabtu, 29 Mei depan dalam usaha mengekang penularan wabak itu di bandar ini.

Program saringan COVID-19 secara pandu lalu itu akan diadakan di Dewan Perniagaan Cina, Jalan Rahmat Batu Pahat, bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Keputusan ujian saringan RTK yang didapati positif, akan dilanjutkan kepada ujian saringan PCR COVID-19, dengan hanya kos tambahan RM 50.

Advertisement

“Jangan lepaskan peluang ini. Kalau bukan kita jaga kita, siapa lagi?

“Jom datang beramai-ramai untuk memastikan tahap kesihatan anda,” menurut kenyataan dipetik dalam laman facebook Gan.

Sehubungan itu, Gan yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor menggalakkan orang ramai untuk mengambil peluang untuk hadir membuat saringan.

Advertisement

Mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri di pautan ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top