BM | EN | 中文

Usaha Dr Maszlee perlu diberi kredit, kata PH Simpang Renggam kepada Adun Layang-Layang

Maszlee-Malik-YTL.jpg

Pertemuan Dr Maszlee Malik dengan wakil pemaju pada Julai 2020

Advertisement

KLUANG, 18 JAN: Usaha yang dilakukan oleh ahli parlimen Simpang Renggam bagi meningkatkan kualiti prasarana dan baikpulih infrastruktur awam di kawasan parlimen ini perlu diberikan kredit dan penghargaan.

Pakatan Harapan (PH) Simpang Renggam dalam satu kenyataan merujuk kepada kiriman di laman Facebook Adun Layang-Layang, Onn Hafiz yang tidak menyatakan penghargaan keatas usaha ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

“Merujuk kiriman halaman facebook (Onn Hafiz), (kami) terpanggil menjelaskan, kerana percanggahan fakta sebenar dan usaha ahli parlimen Simpang Renggam diangkat tanpa kredit.

Advertisement

“Untuk pengetahuan, suatu tindakan telah dilakukan oleh Dr Maszlee Malik selaku ahli parlimen Simpang Renggam bersama-sama rakan pimpinan komponen PH berjumpa pihak YTL, syarikat yang menyiapkan projek landasan keretapi berkembar berdekatan kampung berkenaan.

“Perjumpaan bersama pihak pemaju projek pada 4 Julai 2020 yang lalu telah mendapat maklum balas baik dari pihak syarikat terbabit juga kerana aduan dari penduduk Kampung Tengah Renggam.

“Sekali lagi surat sokongan aduan dari Ketua MPKK Kampung Tengah Renggam dan disokong oleh pejabat parlimen Simpang Renggam kali kedua dibuat pada 14 Disember 2020 kepada pihak syarikat yang sama sebagai tindakan segera untuk membaiki jalan masuk utama kampung tersebut,” menurut kenyataan PH Simpang Renggam kepada Johorkini.

Advertisement

Katanya, adalah mengejutkan apabila pihak Adun Layang-Layang sekadar mengambil gambar di tempat lokasi pembaikan jalan dengan pengisian yang dilihat mengenepikan peranan Dr Maszlee.

Menurut PH Simpang Renggam, tindakan mengakui kerja orang lain sebagai usaha sendiri adalah tidak wajar.

“(Kami) hanya mampu tersenyum. Ketahuilah Allah bersama dengan orang yang benar dan gigih berusaha membantu rakyatnya dengan kudratnya sendiri.

Advertisement

“Kebenaran itu nyata, belajar menerima kepahitan apabila menelan kebenaran,” tambah kenyataan itu lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top