BM | EN | 中文

USAHA BANTU RAKYAT DIMULAKAN ALLAHYARHAM DR FARID DITERUSKAN

salahuddin-ayub-6.jpg

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 4 NOV:  Pemberian bantuan pembinaan semula rumah mangsa kebakaran di Kampung Serkat Laut, Abdul Rahman Atan yang merupakan hasil inisiatif dimulakan Allahyarham Dr Md Farid Rafik akan tetap diteruskan.

Pengerusi Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse yang hadir pada majlis penyerahan berkata, bantuan sebanyak RM65,000 kepada Abdul Rahman telah pun diluluskan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) pada 4 Ogos lalu.

Tambah Jimmy, usaha Allahyarham Dr Md Farid Rafik tersebut diharap dapat membantu meringankan beban Abdul Rahman yang mempunyai enam orang anak.

“Usaha membantu Abdul Rahman sudah dimulakan oleh Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik dan kita hanya teruskan usaha itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran pembinaan rumah baharu di Kampung Serkat Laut di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Dalam pada itu katanya, secara keseluruhan MAIJ memperuntukkan kira-kira RM750,000 tahun ini bagi membina 12 unit rumah di Johor yang dilanda bencana.

“Semua projek pembinaan 12 unit rumah itu dijalankan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan jangka masa dua bulan untuk disiapkan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman ketika ditemui berkata, beliau bersyukur dengan bantuan tersebut setelah tragedi kebakaran yang memusnahkan rumahnya pada 2017.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top