BM | EN | 中文

UPSR 2019: JABATAN PENDIDIKAN JOHOR PANTAU 12 SEKOLAH

jabatan-pendidikan-negeri-johor.jpg

PASIR GUDANG, 3 SEPT: JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang akan memberi tumpuan kepada 12 sekolah kebangsaan (SK) dikenal pasti lokasi ‘hotspot’ insiden pencemaran udara, sepanjang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Timbalan PPD Pasir Gudang, Md Yunan Abd Majid berkata, ia sebagai langkah pencegahan bagi memastikan kelancaran sepanjang peperiksaan utama itu berlangsung.

“Menjelang peperiksaan UPSR tahun ini, kita menyediakan beberapa langkah pencegahan berhubung insiden pencemaran udara yang berlaku sebelum ini.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan meletakkan pegawainya berserta peralatan yang perlu di sekolah ‘hotspot’ bagi mencatatkan bacaan kualiti udara bermula hari ini sehingga tamat tempoh peperiksaan,” katanya, lapor My Metro.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pertukaran Guru Korea Malaysia (KOMTEP) yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia di Pasir Gudang, baru-baru ini.

Hadir sama, Penolong Pengarah Pengurusan Bakat JPN Johor, Sulaiman Basir dan Guru Besar SKTBD, Mohd Senin Kassim.

Md Yunan berkata, langkah pencegahan lain yang turut diambil adalah dengan memberi cuti kepada murid darjah satu hingga lima di 12 sekolah kebangsaan terbabit sepanjang UPSR berlangsung.

“Dalam tempoh itu, murid Tahun Enam yang menduduki peperiksaan hanya akan menggunakan kelas di aras bawah sebagai bilik peperiksaan mereka,” katanya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top