BM | EN | 中文

UPSR 2019: DOA SAYA BERSAMA ANDA – MB JOHOR

mb-johor-dr-sahruddin-jamal-upsr-2019.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 SEPT: Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal menasihati semua calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk bertenang dan tidak merasa tertekan ketika menduduki peperiksaan hari ini.

Sahruddin yang membuat tinjauan di SK Temenggong Abdul Rahman 1 (STAR 1) di sini hari ini turut memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepada calon-calon yang menduduki peperiksaan tersebut.

“Doa saya dan ibu bapa mengiringi perjuangan anda semua sepanjang berlangsungnya peperiksaan ini dan apa jua keputusan yang bakal diperolehi kelak, saya pasti anda sudah melakukan yang terbaik,” katanya dalam kiriman yang dimuatnaik di Facebook rasminya hari ini.

Advertisement

Beliau juga mengambil kesempatan beramah mesra dengan semua murid-murid yang terlibat dan menyampaikan pesanan ringkas sebagai sokongan serta dokongan kepada calon-calon disitu.

Seramai 54,799 calon menduduki UPSR di 950 pusat peperiksaan di negeri ini.

Daripada jumlah itu, 35,542 adalah calon sekolah kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (16,325), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (1,953) dan sekolah swasta (979).

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top