BM | EN | 中文

UPB Johor musnahkan bom zaman Perang Dunia Kedua yang ditemui di Muar

Polis-Johor-musnahkan-bom-zaman-Perang-Dunia-Kedua.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

MUAR, 6 FEB: Unit Pemusnah Bom (UPB) Kontinjen Johor bersama Sub Unit UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar memusnahkan bom lama jenis Aerial Bomb seberat 18 kilogram di Ladang Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Batu 13, Bakri, Muar pada Jumaat.

Menurut satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook Polis Johor semalam, kerja-kerja memusnahkan bom lama itu dilakukan pada jam 10 pagi dengan menggunakan teknik High Order melalui kaedah elektrik.

“Tindakan pemusnahan in situation (In-situ) telah dijalankan dengan menggunakan teknik High order melalui kaedah elektrik.

Advertisement

“Pemusnahan telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda,” menurut kenyataan tersebut.

Difahamkan bom tersebut dipercayai digugurkan dari udara ketika Perang Dunia Kedua di antara Disember 1942 hingga Ogos 1945.

Dalam pada itu Polis Johor menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, untuk melapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.

Advertisement

“Diingatkan juga supaya jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,” tambah kenyataan itu.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top