BM | EN | 中文

Upah pekerja menganggur, bantu pendaftaran vaksinasi Covid 19 – Adun Mengkibol

Chew-Chong-Sin-Adun-Mengkibol.jpg
Advertisement

KLUANG, 6 APR: Pemberian vaksin harus dipercepatkan kepada sekurang-kurangnya 100,000 individu sehari, kata Adun Mengkibol, Chew Chong Sin.

Katanya, mengikut pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) seramai 9.4 juta orang daripada golongan berisiko tinggi dan wargaemas berumur 60 tahun ke atas akan diberikan vaksin di bawah fasa kedua yang bermula pada April.

“Ini bermaksud, 200,000-250,000 suntikan setiap hari secara purata harus diberikan dalam fasa kedua, dan tempoh kemuncak pemberian vaksin jatuh pada bulan Mei hingga Ogos,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Kata Chong Sin, Menteri Kesihatan Malaysia pada Februari menyatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan 126,000 individu mampu diberikan suntikan vaksin COVID-19 setiap hari bermula akhir bulan Februari.

“Tetapi, mengapa perancangan ini tidak dilaksanakan? soalnya.

Beliau turut mencadangkan, pekerja yang berulang-alik dari Johor ke Singapura dan pekerja industri pelancongan yang menganggur dan berkelayakan harus diupah oleh kerajaan Johor dalam kerja pentadbiran pemberian vaksin.

Advertisement

“Ini termasuk pendaftaran dan temujanji, pembinaan lebih Pusat Pemberian Vaksin (PPV), pengenalpastian identiti, menghubungi pendaftar dan sebagainya, agar mempercepatkan proses pemberian vaksin dan mencapai sasaran 100,000 individu secepat mungkin,” katanya.

Tambah beliau, penyelesaian pada peringkat ini akan mempercepatkan kerja pemberian vaksin, termasuk kepada semua guru dan kakitangan pusat-pusat pendidikan yang telah bermula pengajaran secara bersekemuka.

“Jika semua guru dan kakitangan telah selesai divaksin, maka 20 kluster sektor pendidikan yang direkodkan di negara ini sejak 20 Mac hingga Ahad akan dapat dielakkan atau dikurangkan,” ujarnya lagi.

Advertisement

Terdahulu, Chong Sin memaklumkan, terdapat 15 kes positif Covid-19 dikesan di Sekolah Kebangsaan Paloh 2 dan terdapat seorang
kakitangan tadika dan sekolah rendah di Kluang telah disahkan positif Covid-19 beberapa hari yang lalu.

Susulan itu, pejabat ADUN Mengkibol telah melancarkan Program Ujian Saringan Pantas (RTK-Ag) di lokasi dikenalpasti.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top