BM | EN | 中文

Upacara Thaipusam di kuil di negeri PKP, PKPB tidak dibenarkan

Thaipusam.png

Gambar Hiasan

Advertisement

PUTRAJAYA, 18 JAN: Sambutan Thaipusam di kuil-kuil di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah tidak dibenarkan, kata Kementerian Perpaduan Negara (KPN) hari ini.

Menurut kenyataan kementerian itu, keputusan tersebut selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Jan lepas, berhubung pelaksanaan PKP dan PKPB yang bermula 13 Jan lalu hingga 26 Jan ini.

PKP yang diumumkan itu melibatkan enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, manakala PKPB dikenakan terhadap enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Advertisement

Pada 15 Jan lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKP di Sibu, Sarawak dan Kelantan yang berkuat kuasa 16 Jan hingga 29 Jan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam kenyataan sama, berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 3 Tahun 2021 susulan perbincangan KPN dengan ketua-ketua agama Hindu, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Halimah berkata KPN juga mengambil maklum keputusan semua kerajaan negeri supaya tiada upacara Thaipusam di rumah-rumah ibadat di negeri masing-masing pada tahun ini kecuali kerajaan negeri Perlis.

Advertisement

KPN berkata mesyuarat teknikal juga bersetuju bahawa upacara Thaipusam boleh dilaksanakan di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu Perlis dan Sarawak dengan kebenaran kerajaan negeri dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

Setakat ini, hanya kerajaan negeri Perlis di bawah PKPP membenarkan upacara Thaipusam.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top