BM | EN | 中文

Untung bersih Petronas Dagangan merosot kepada RM212.66 juta pada suku ketiga 2020

Petronas-Dagangan.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd merosot kepada RM212.66 juta bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept 2020 daripada RM239.00 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil berkurangan kepada RM4.83 bilion berbanding RM7.80 bilion manakala pendapatan asas sesahamnya turun kepada 21.40 sen berbanding 24.10 sen.

Mengulas mengenai prestasi syarikat, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Azrul Osman Rani berkata syarikat itu menjangkakan wujud sedikit impak kepada volumnya pada suku akan datang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan di kebanyakan negeri.

Advertisement

“Memandangkan pandemik ini akan kekal menjadi cabaran yang berterusan, kami telah mempercepatkan kepelbagaian portfolio produk agar perniagaan terus bertahan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Azrul berkata pada suku ketiga bagi tahun kewangan 2020, Petronas Dagangan menjadi penyedia penyelesaian Gas Asli Cecair (LNG) yang pertama menggunakan trak jalan untuk pelanggan di luar kawasan kemudahannya di Semenanjung Malaysia berikutan siapnya penyelesaian sistem saluran paip maya(VPS) oleh Petronas Energy & Gas menerusi Terminal Regasifikasi (RGT) Pengerang di Johor.

Menerusi penyelesaian VPS, Petronas Dagangan kini berkeupayaan menghantar LNG menggunakan trak yang dilengkapi tangki kriogenik, menyediakan akses tenaga bersih kepada industri yang tidak dihubungkan dengan infrastruktur gas asli di Semenanjung Malaysia.

Advertisement

“Petronas Dagangan kini turut memasarkan LNG sebagai pilihan bahan bakar lebih bersih kepada industri marin susulan selesainya operasi pemindahan pengisian LNG kapal ke kapal yang pertama daripada MV Avenir Advantage, kapal pengisian LNG (LBV) pertama Petronas ke SIEM Aristotle di Pasir Gudang, Johor yang dicapai menerusi kerjasama dengan Titan LNG.

“Baru-baru ini juga iaitu pada Oktober, Petronas Dagangan melancarkan Makan@Mesra, sudut kedai makan baharu yang menawarkan makanan premium yang mudah, segar dan seimbang dengan harga yang berpatutan untuk menguasai pasaran yang lebih besar.

“Asas kami kekal kukuh dan kami akan terus memperluaskan tawaran kami untuk memenuhi permintaan dalam norma baharu ini,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top