BM | EN | 中文

Untuk laksana PRN Johor perlu pandangan KKM – Hishammuddin

Hishammuddin.jpg

KUALA LUMPUR – Pengalaman Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah, Melaka dan Sarawak akan dijadikan sandaran sekiranya PRN Johor akan dilaksanakan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebarang keputusan sama ada PRN Johor akan dilaksanakan atau tidak akan perlu mendapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita mesti dapatkan pandangan KKM. Orang Johor akan tanya apa bezanya PRN di Melaka, Sarawak kalau sekiranya PRN di Johor diteruskan.

“Bukan untuk saya tentukan. Apabila ia sudah diputuskan nanti tugas kita di Kuartet dan sebagai menteri yang mengkoordinasikan Covid-19, saya terpaksa membawa bersama kepimpinan negeri Johor apa juga keputusan.

“Tunggu keputusan dahulu,” katanya, lapor SH Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan amanat di Kementerian Pertahanan hari ini.

Hishammuddin pada masa sama berkata, paling penting adalah untuk memastikan perjalanan PRN berlangsung dengan selamat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top