BM | EN | 中文

Universiti Selangor sedia tuisyen dalam talian untuk calon SPM

universiti-selangor-Unisel.jpg

Gambar Ehsan FB Unisel

Advertisement

SHAH ALAM, 21 JUN: Universiti Selangor (Unisel) menyediakan kelas tuisyen Matematik dan Bahasa Inggeris dalam talian percuma kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Presiden dan naib canselornya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata program e-Tome e-Tuisyen dijalankan dengan kerjasama pusat khidmat masyarakat Parlimen Hang Tuah Jaya menerusi saluran sekolah maya Unisel (UVS).

“Program dikendalikan sepenuhnya pensyarah Unisel dan guru cemerlang terpilih, memfokuskan akademik dan penerapan elemen motivasi untuk menyuntik semangat pelajar sekali gus menjadikan medium lebih menarik.

Advertisement

“Diharap inisiatif ini memberi manfaat kepada pelajar membuat persiapan menghadapi peperiksaan,” kata Dr Mohammad, lapor SelangorKini.

Majlis pelancaran program disempurnakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menerusi sidang video pada Sabtu.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Korporat Unisel Hasril Abu Hassan menjelaskan calon lain di seluruh negara masih boleh mengikuti pembelajaran melalui saluran UVS tanpa sebarang bayaran.

Advertisement

“Penyertaan dibuka kepada pelajar dari semasa ke semasa dengan syarat mereka perlu mendaftar. Konsep yang disediakan juga sama iaitu ada kelas dan ceramah,” katanya ketika dihubungi.

Mereka yang berminat boleh mendaftar melalui pautan https://uvs.unisel.edu.my/.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top