BM | EN | 中文

Universiti Selangor sasar 1,000 pelajar baru, pembelajaran secara maya

UNISEL-Universiti-Selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 25 OKT: Universiti Selangor (Unisel) menyasarkan kemasukan 1,000 pelajar baharu bagi sesi pengambilan November tahun ini dengan menawarkan 66 program pengajian peringkat asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.

Naib presiden dan timbalan naib canselor (pembangunan pelajar dan jaringan komuniti) berkata daripada jumlah itu, lapan program asasi termasuk empat trek huffaz ditawarkan, diploma (25) dan ijazah sarjana muda (33).

“Sesi pendaftaran akan dibuat secara dalam talian pada 10 November dan mahasiswa perlu menjalani minggu tekad siswa (MTS) melalui kaedah sama.

Advertisement

“Kita menubuhkan pasukan khas daripada jabatan pemasaran Unisel yang bertanggungjawab membantu bakal mahasiswa berkaitan urusan pendaftaran, taklimat dan pembiayaan pendidikan,” kata Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh.

Beliau berkata semua pelajar lama dan baharu akan mengikuti aktiviti pembelajaran secara maya bermula 16 November berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang berkuat kuasa.

Terdahulu, SelangorKini melaporkan Dr Hamdan sebagai berkata, kebenaran penuntut kembali ke kampus bergantung pada arahan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Advertisement

Namun pihaknya bersedia mengaktifkan mod pengajaran dan pembelajaran (PdP) digital sepenuhnya.

“Kaedah PdP dalam talian dipraktikkan secara holistik sejak Januari lagi, jadi tiada masalah untuk kita meneruskannya berdasarkan pengalaman dua semester lepas.

“Bagaimanapun jika keadaan mengizinkan dan PKPP ditamatkan, kita akan benarkan semula pelajar terutama mahasiswa baharu untuk kembali ke kampus serta menginap di asrama,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top