BM | EN | 中文

Universiti Selangor jamin kebajikan pelajar, sedia pelbagai bantuan

Universiti-Selangor-UNISEL.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 11 OKT: Universiti Selangor (Unisel) memberi jaminan menjaga kebajikan 1,700 penuntut yang masih berada di asrama kampus Shah Alam dan Bestari Jaya.

Naib presiden dan timbalan naib canselor pembangunan pelajar dan jaringan komuniti berkata pelbagai bantuan disediakan seperti bekalan makanan, zakat dan perkhidmatan ke klinik serta hospital bagi meringankan beban susulan situasi semasa pandemik Covid-19.

“Malah, baru-baru ini pelajar menerima makanan kering, cecair pembasmi kuman dan pelitup muka daripada Team Selangor menerusi Bantuan Prihatin Mahasiswa dilaksanakan kerajaan negeri.

Advertisement

“Perkhidmatan di dalam kampus seperti kafeteria dan kedai runcit turut beroperasi seperti biasa bagi memudahkan mahasiswa kerana pergerakan keluar masuk (pelajar) dari asrama buat masa ini tidak dibenarkan,” kata Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh. lapor Media Selangor.

Beliau ketika dihubungi berkata, seramai 10,000 pelajar Unisel bakal menduduki peperiksaan akhir secara dalam talian bermula 17 hingga 30 Oktober ini.

Katanya, proses peperiksaan tersebut akan dipastikan berjalan lancar khususnya membabitkan semua pelajar yang berada di asrama kedua-dua kampus berkenaan.

Advertisement

“Kami mempunyai pasukan yang akan memantau 24 jam bagi memastikan akses capaian internet yang baik dan sistem peperiksaan dalam talian tidak tergendala.

“Bagi pelajar kampus Shah Alam di asrama Wisma Majlis Agama Islam Selangor dan tiada akses internet, kita akan buka kampus untuk mereka duduki peperiksaan tersebut mengikut tatacara operasi piawai (SOP),” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top