BM | EN | 中文

Unit Tindak Sembrong kerjasama penduduk, RELA jalankan sanitasi awam di Sentral Paloh

sanitasi-awam-paloh-sentral-unit-tindak-sembrong.png
Advertisement

KLUANG, 18 OKT: Unit Tindak Sembrong menjalankan sanitasi awam di pekan Sentral Paloh disini, sebagai salah satu usaha bagi mencegah kebarangkalian jangkitan Covid-19 daripada merebak.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, langkah tersebut diambil bagi meminimumkan risiko jangkitan serta memastikan kawasan awam di sekitar DUN Paloh bebas daripada pandemik tersebut.

“Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Uncle Alex dan Chin Ngee yang telah membantu melicinkan kerja-kerja sanitasi semalam.

Advertisement

“Apa yang menarik semalam, inisiatif ni digerakkan oleh warga tempatan sepenuhnya.

“Selepas dua kali Unit Tindak Sembrong masuk lakukan sanitasi disini, akhirnya warga tempatan ambil inisiatif sendiri untuk gotong royong lakukan program sanitasi.

“Usaha yang dilakukan oleh Unit Tindak telah menjadi inspirasi dan motivasi kepada warga tempatan untuk lakukan kerja-kerja sanitasi secara mandiri,” kata Sheikh Umar dalam kenyataan.

Advertisement

Beliau menjelaskan, tidak semua tempat memiliki kemudahan peralatan sanitasi, namun ada di kalangan warga Sentral Paloh mengusahakan sektor perladangan dan memiliki peralatan seperti mesin semburan, pam tembak air dan sebagainya.

“Jadi semalam, team Unit Tindak Sembrong hanya bantu bekalkan baju kelengkapan PPE dan ubat cecair sanitasi sahaja untuk mereka.

“Selebihnya, warga Sentral Paloh gotong royong sendiri. Termasuk RELA pun turun sama membantu.

Advertisement

“Beginilah cara saya dan rakan-rakan pejabat DUN Paloh bekerja.

“Kami bukan sahaja berkhidmat untuk bantu rakyat, tetapi kami juga mahu suntik semangat kepada warga Paloh untuk saling membantu antara satu sama lain,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top