BM | EN | 中文

Unit tidak langsung KUB peroleh lanjutan cadangan pelupusan ladang kelapa sawit

kub-ladang-sawit-kluang.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 DIS: KUB Malaysia Bhd (KUB) berkata penunaian syarat-syarat di bawah Perjanjian Jual Beli (SPA) yang ditandatangani antara anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, KUB Agro Holdings Sdn Bhd dan Beradin Plantation Sdn Bhd dilanjutkan sehingga 30 hari lagi sehingga 8 Jan, 2021.

Di bawah SPA yang dimeterai pada 10 Jun 2020, KUB Agro Holdings telah mencadangkan untuk menjual dua ladang kelapa sawit di Kluang, Johor kepada Beradin Plantation dengan bayaran tunai RM158 juta.

“Tempoh pematuhan bagi memenuhi syarat-syarat didahului di bawah SPA yang dilaksanakan antara KUB Agro Holdings dan Beradin Plantation telah dilanjutkan 30 hari lagi sehingga 8 Jan, 2021,” kata CIMB Investment Bank Bhd dalam makluman kepada Bursa Malaysia, mewakili KUB.

Advertisement

“Kecuali di atas, semua terma lain SPA kekal tidak berubah,” katanya, lapor Bernama semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top