BM | EN | 中文

Unit Lien Hoe terima kelulusan PTG Johor bagi 27.93 hektar tanah di Masai

lien-hoe.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Anak syarikat milik penuh Lien Hoe Corporation Bhd, Christine Resorts Sdn Bhd telah menerima kelulusan Susun Atur Kebenaran Merancang, dan Serah Balik dan Kumia Semula (SBKS) Pejabat Tanah dan Galian Johor bagi tanah seluas 27.93 hektar, membentuk sebahagian pembangunan bercampur yang lebih besar di Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, ia berkata dengan kelulusan itu, syarikat berkenaan telah memenuhi klausa 1.1 Perjanjian Jual Beli (SPA) dengan Countryland Realty Sdn Bhd, yang membolehkannya untuk menjual tanah itu bemilai RM88.66 juta.

“Kelulusan itu diperoleh dalam rangka masa seperti yang dipersetujui bersama oleh Christine Resort dan Countryland Realty berdasarkan klausa 1.1(b) SPA,” katanya.

Advertisement

Pada 4 Sept tahun lepas, Christine Resorts menandatangani SPA dengan Countryland Realty untuk menjual tanah bernilai RM88.67 juta secara tunai atau mengurangkan harga jualan sebanyak RM64.621 juta tanpa perintah pembangunan.

Segmen perniagaan teras Lien Hoe merangkumi hotel, pelaburan hartanah dan pembangunan hartanah.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top