BM | EN | 中文

UNIT HIBURAN BERGERAK UNTUK PESAKIT KANAK-KANAK PERTAMA DI ASIA TENGGARA

legoland-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 2 DIS : Unit Hiburan Bergerak Magic Wand Merlin telah diwujudkan bagi menghiburkan kanak-kanak yang sakit terlantar di katil atau wad hospital.

Unit yang pertama kali di Asia Tenggara ini merupakan kerjasama Hospital Pakar KPJ Puteri dan Legoland Malaysia Resort.

Pengarah Eksekutif Hospital Pakar KPJ Puteri, Khairun Ahmad terharu kerana KPJ Puteri dipilih sebagai hospital yang pertama di rantau Asia Tenggara memberikan pengalaman sedemikian kepada pesakit muda.

Advertisement

“Peluang untuk bekerjasama dengan Legoland Malaysia Resort selaras dengan visi hospital untuk sebagau Pusat Pediatrik utama.

“Dengan kerjasama Legoland Malaysia Resort, kita akan meneruskan projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) secara berterusan sepanjang tahun 2020 untuk pesakit kanak-kanak dan kanak-kanak kurang bernasib baik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kewangan Legoland Malaysia Resort, CS Lim menjelaskan bahawa Magic Wand Merlin bertujuan menyokong kanak-kanak menghadapi cabaran penyakit yang mereka hadapi.

Advertisement

“Kami ingin membawa kegembiraan dan keseronokan kepada pesakit muda di Hospital Pakar KPJ Puteri melalui aktiviti pendidikan dan kreatif dari Lego.

“Kerjasama ini merupakan bukti komitmen kami untuk membantu dan berkhidmat kepada masyarakat sekitar kami,” katanya.

Majlis Penyerahan antara Legoland Malaysia Resort dan Hospital Pakar KPJ Puteri telah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Liow Cai Tung, baru-baru ini.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top