BM | EN | 中文

Unit Grand Hoover Bhd beli tanah dan infrastruktur di Pontian, Johor bernilai RM43.6 juta

Unit-Grand-Hoover-Bhd-beli-tanah-dan-infrastruktur-di-Pontian-Johor-bernilai-RM43-.6-juta.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Anak syarikat milik penuh Grand Hoover Bhd (GHB) telah memeterai perjanjian jual bell bersyarat dengan Tropicana Industrial Park Sdn Bhd dan Tropicana Development (Johor Bahru) Sdn Bhd untuk membeli tanah seluas 8.01 hektar dengan infrastruktur yang dipersetujui di Pontian, Johor pada harga tunai RM43.6 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, GHB berkata cadangan pengambilalihan oleh unitnya, Grand Hoover Property Sdn Bhd, dijangka selesai menjelang suku ketiga 2022.

GHB berkata cadangan pengambilalihan itu dijangka memberi peluang kepada kumpulan, yang mempunyai kepakaran teras dalam pembinaan, untuk mengukuhkan perolehan nilai kontrak pembinaannya dengan mengambil bahagian dalam pembinaan kerja-kerja infrastruktur yang dipersetujui untuk tanah asal.

Advertisement

“Tanah di Pontian itu berpotensi sebagai nilai tambah yang berharga kepada bank tanah GHB kerana Iokasinya yang strategik yang dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi segmen pembangunan hartanah masa depan kumpulan,” katanya.

Cadangan pengambilalihan itu dijangka tidak akan memberi kesan material ke atas pendapatan Kumpulan GHB bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top