BM | EN | 中文

Unit GFM raih kontrak O&M Petronas di Pengerang

gfm-services-bhd.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Global Facilities Management Sdn Bhd (GFMSB), anak syarikat milik penuh GFM Services Bhd, berjaya meraih kontrak penyediaan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan (O&M) di Perkampungan 1 & 2 Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor.

Kerja-kerja O&M itu turut merangkumi kesemua kemudahan sekutu, bangunan bukan proses dan bangunan di PIC.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, penyedia perkhidmatan pengurusan kemudahan bersepadu itu berkata kontrak tiga tahun yang bermula 14 Sept, 2020 itu diperoleh daripada PRPC Utilities and Facilities Sdn Bhd dan PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd.

Advertisement

Mengikut Surat Penganugerahan kontrak itu, skop perkhidmatan GFM termasuk perkhidmatan O&M bangunan, kemudahan dan utiliti, pemuliharaan bangunan dan kemudahan, khidmat operasi kantin dan katering, bekalan bahan boleh dimakan dan keperluan, penyelenggaraan tempat berkumpul PIC dan sebagainya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Eksekutif GFM Ruslan Nordin berkata urus niaga tersebut merupakan yang kedua untuk syarikat tersebut.

“Kami sebelum ini menyediakan perkhidmatan pengurusan kem pekerja ketika tempoh pembinaan kilang perekah di situ.

Advertisement

“Oleh itu, kejayaan meraih kontrak itu turut membuktikan keyakinan pelanggan terhadap kemampuan kami memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan bertepatan masanya. Ini juga amat bermakna dari segi portfolio senarai projek kumpulan dan membolehkan GFM mendapat tarikan selanjutnya dalam sektor minyak dan gas.”

GFM juga menjangkakan kontrak itu dapat menyumbang secara positif kepada pendapatan serta meningkatkan perolehan kontrak kumpulan berkenaan.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top