BM | EN | 中文

UNISEL perluas Dana Biasiswa Bestari, bantu pelajar kurang mampu

Universiti-Selangor-UNISEL.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 12 NOV: Universiti Selangor (Unisel) bakal memperluaskan Dana Biasiswa Bestari di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mulai tahun depan, kata pengarah komunikasi korporatnya.

Hasril Abu Hassan berkata yuran pengajian percuma itu ditawarkan bagi pelajar semester pertama untuk semua program diploma dan ijazah sarjana muda di Kampus Bestari Jaya.

“Sebelum ini kita menawarkan dana itu kepada pelajar kurang berkemampuan bagi kemasukan sesi Julai dan Ogos di 10 DUN terpilih.

Advertisement

“Susulan sambutan yang diterima amat menggalakkan dan sempena sambutan 20 tahun Unisel, kita mengambil keputusan untuk perluas lagi di seluruh DUN di Selangor,” katanya, lapor SelangorKini.

Hasril berkata pihaknya berharap dana berkenaan dapat meringankan beban keluarga pelajar terutama ketika berdepan situasi pandemik Covid-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top