SHAH ALAM, 30 OKT: Universiti Selangor (Unisel) dan Galeri Shah Alam menjalin kerjasama bagi membangunkan hab digital kesenian negeri.
Presiden dan naib canselor Unisel, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata usahasama dua hala meliputi penggunaan peralatan, kemudahan dan ruang termasuk penganjuran program kesenian, kata
Kata Prof Dr Mohammad Redzuan lagi, pembangunan hab digital turut menggunakan kepakaran pensyarah dari fakulti komunikasi, seni visual dan pengkomputeran (FCVAC).
“Kerjasama ini amat bermakna kerana sekurang-kurangnya kemahiran dimiliki Unisel dapat dipamerkan kepada khalayak. Malah, cara ini juga membolehkan masyarakat tahu bahawa kita (Unisel) ada nilai seni yang boleh dibanggakan.
“Kita yakin Galeri Shah Alam mempunyai banyak karya menarik boleh dikongsi bersama Unisel yang akan memanfaatkan banyak pihak terutama penggemar seni,” katanya, lapor SelangorKini.
Beliau berkata demikian dalam ucapannyta sempena majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di kampus Bestari Jaya, Rabu lalu
MoU ditandatangani Dr Mohammad Redzuan dan Pengarah Galeri Shah Alam Alina Abdullah.
Sementara itu, Alina berkata hubungan bersama institusi pendidikan tinggi (IPT) seperti Unisel penting bagi merancakkan program kesenian sekali gus menyuburkan seni tempatan.
“Sebuah ruang seni mustahil untuk berdiri sendiri tanpa mendapat sokongan daripada komuniti setempat, badan seni dan ruang seni bersesuaian.
“Jadi, saya berterima kasih kepada semua pihak terlibat menjayakan usahasama yang akhirnya terlunas setelah lebih setahun tertunda akibat pandemik Covid-19. Diharap acara seni yang terhenti seketika dapat dihidupkan semula,” katanya.
Johorkini