BM | EN | 中文

UNDI PH – BEKAS KETUA PEMUDA PARTI SEMANGAT 46 PONTIAN

Mohd-Khodri.jpg
Advertisement

PONTIAN, 6 NOV: Bekas ketua pemuda parti Semangat 46 bahagian Pontian, menyeru anggota sayap parti itu untuk menyokong Karmaine Sardini, dan mengundi Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, 16 November nanti.

“Ayuh sokong Karmaine. Undilah PH,” kata Mohd Khodri Sudir, 62, yang mengetuai Pemuda Semangat 46 Bahagian Pontian dari 1989 hingga 1996.

Menurut Mohd Khodri, pengalaman dan latar belakang calon PH itu diyakini mampu membawa suara dan membela nasib para pengundi di Tanjung Piai dan ahli keluarga mereka.

Advertisement

“Dia seorang imam, ahli perniagaan dan bekas pegawai kerajaan. Pendek kata, serba boleh,” katanya kepada JohorKini.

Tambahnya, meskipun pernah berbeza idea politik dengan Karmaine sebelum ini, namun ia tidak menjejaskan hubungan, malah sentiasa menerima perbezaan pendapat dengan hati yang terbuka.

“Haji Karmaine ini mudah dibawa berbincang dan tidak meninggi diri. Saya yakin tidak ada masalah. Orang di Tanjung Piai perlu sokong beliau,” katanya.

Advertisement

Tanjung Piai merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen Pontian, sehingga persempadanan semula pada 2003.

Parti Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah pernah mencipta sejarah apabila berjaya menawan Kelantan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-8 pada 1990, melalui kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama Pas.

Pada PRU ke-8 dan PRU ke-9 pada  1995, parti Semangat 46 turut menjalin hubungan bersama DAP melalui kerjasama Gagasan Rakyat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top