BM | EN | 中文

“UNDI CALON NOMBOR 4, TOLAK RASUAH, MAKMUR BERSAMA PH”

no4.jpg
Advertisement

PONTIAN, 15 NOV: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merayu kepada para pengundi di parlimen Tanjung Piai untuk menyokong calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini.

Dalam video pesanan dikeluarkan Bilik Gerakan Utama (BGU) PH bagi pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai, beliau berpesan agar para pengundi mengundi calon PH, di atas kertas di petak nombor 4, esok.

“Saya Dr Mahathir Mohamad menyeru kepada pengundi-pengundi Tanjung Piai untuk memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan, Haji Karmaine Sardini pada 16 haribulan (November) esok,” kata beliau.

Advertisement

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Seri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya berkata, dengan memilih Karmaine Sardini, ia merupakan kemenangan kepada rakyat Tanjung Piai.

“Jangan lupa undi Karmaine Sardini, bilangan 4.

“Mudah-mudahan dengan sokongan daripada tuan-tuan dan puan-puan, maka Haji Karmaine akan terpilih menjadi ahli parlimen Tanjung Piai, Insya Allah,” kata Muhyiddin.

Advertisement

Sementara itu, Menteri Besar Johor memohon para pengundi untuk keluar mengundi esok dan memilih calon nombor 4.

“Saya Dr Sahruddin Jamal pengarah jentera Pakatan Harapan PRK P165 Tanjung Piai ingin menyeru semua pengundi di Tanjung Piai untuk keluar mengundi dan pilihlah calon nombor 4, Pakatan Harapan, Haji Karmaine Sardini.

“Insya Allah. Semoga Tanjung Piai kita punya,” kata Dr Sahruddin.

Advertisement

Manakala calon PH, Karmaine Sardini menyeru pengundi untuk menolak rasuah dan menyokong usaha kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara melalui pelaksanaan langkah jangka pendek dan jangka panjang seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Undilah saya Karmaine Sardini calon Pakatan Harapan, nombor 4, demi pembangunan berterusan di Tanjung Piai.

“Tolak rasuah, makmur bersama,” kata Karmaine.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top