BM | EN | 中文

Undi 18: Kerajaan PN jangan alih beban dan tanggungjawab kepada SPR

young-syefura-othman-Rara.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 APR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) jangan cuba lari daripada tanggungjawab dengan mengalihkan isu penangguhan perlaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18.kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Adun Ketari, Pahang, Young Syefura Othman berkata, tindakan menangguhkan pelaksanaan rang undang-undang (RUU) ini adalah satu pengkhianatan kepada anak muda Malaysia.

“Apabila proses pindaan dilakukan lebih dua per tiga ahli Parlimen memberikan sokongan termasuklah beberapa ahli Parlimen yang kini menukar nada terhadap perlaksanaan Undi 18,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Young Syefura dilaporkan Roketkini sebagai berkata, alasan diberikan SPR adalah tidak munasabah iaitu dengan mengatakan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sebab yang menjejaskan persiapan SPR.

“SPR seharusnya sudah pun menjalankan persiapan untuk melaksanakan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 kerana pindaan RUU ini telah pun diluluskan pada 16 Julai 2019.

“Walaupun berlakunya pertukaran kerajaan, ini tidak sepatutnya menjejaskan usaha SPR sebagai badan berkecuali yang menjalankan urusan mengenai hal ehwal pilihan raya,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top