BM | EN | 中文

Undi 18: ‘Hak anak muda tidak harus dinafikan’ – Pengerusi DAP Johor

Liew-Chin-Tong.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 MAC: Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong, berkata hak anak muda tidak harus dinafikan hanya kerana sesetengah pihak bimbang sokongan golongan itu tidak berpihak kepada mereka.

Chin Tong berkata, keperluan melaksanakan Undi 18 sebelum perlu disegerakan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dan anak muda merupakan ‘game changer’ politik Malaysia, katanya,

“Negara ini adalah amanah dan pinjaman, yang akan kita pulangkan kepada mereka (anak muda),” ujarnya yang juga Ahli Dewan Negara dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Advertisement

Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim berkata “Undi 18 tahun tidak praktikal untuk diadakan pada musim ini” dan menyifatkan keputusan untuk melaksanakan Undi 18 adalah tergesa-gesa selain mendakwa anak muda “belum bersedia di sisi tuntutan demokrasi”.

Terdahulu, parlimen telah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur pengundi ke usia 18 tahun.

Ia dijangka akan menambah hampir tujuh juta pengundi muda menjadikan jumlah pemilih kepada 22 juta orang menjelang Julai tahun ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top